Industri



LATAR BELAKANG INDUSTRI


Perkhidmatan penghantaran kurier menawarkan kelajuan, pengesahan dan juga keselamatan terhadap barang-barang tersebut. ini berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pos. System penghantaran kurier adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan perkhidmatan pos yang mengambil masa yang lama dalam proses penghantaran barang itu. Sistem kurier ini juga lebih selamat dan setiap pelanggan boleh melakukan penyemakkan status barang-barang mereka telah berada di kawasan mana. Sistem kurier ini telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang berskala kecil yang terletak di Amerika Syarikat, setelah sistem ini memberi banyak kelebihan kepada masyarakat, sistem ini telah berkembang ke serata dunia dan pelbagai syarikat yang menggunakan sistem ini sebagai perkara utama disamping pelbagai inovasi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat ini bagi menarik minat masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan syarikat mereka. 




GRAF YANG MENERANGKAN INDUSTRI



Carta pai diatas menunjukkan peratusan berkaitan dengan perkhidmatan kurier di Malaysia.Ini dapat dilihat dimana City link merupakan syarikat yang paling tinggi mengikut peratusan iaitu sebanyak 20% dan yang paling rendah adalah TNT Ekspress iaitu sebanyak 3%. Purata mengikut peratusan perkhidmatan kurier di Malaysia adalah sebanyak 10%.

No comments:

Post a Comment