Analisis Strategi


STRATEGI- STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH Gd Ekspres

1.       Membuat perancangan untuk mengembangkan perkhidmatan kurier ke negara- negara asia selain dari Singapura iaitu Laos, Jakarta dan Myanmar.

2.     Membelanjakan lebih dari RM9 juta untuk menaik taraf infrastruktur hab seperti membuka cawangan dan pejabat serantau, meningkatkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi serta memperbaiki peralatan operasi. Selain itu Gd Ekspres juga turut membeli kenderaan pada kuantiti yang banyak terutamanya treler dan lori untuk penghantaran jarak jauh.

3.     Meningkatkan tenaga kerja iaitu dari 1700 orang kepada 1826 orang dalam perkhidmatannya berbanding tahun sebelumnya.

4.     Meningkatkan infrastruktur rangkaian iaitu dari 97 stesen kepada 101 stesen, 54 cawangan dan 45 ejen di seluruh Malaysia dan Singapura.

5.     Menaik taraf ukuran piawaian sedia ada iaitu ISO9001 kepada pensijilan ISO bersepadu yang termasuk ISO14001 untuk perlindungan alam sekitar.

6.     Menggunakan pendekatan inisiatif baru iaitu PSD (Proof of Successful Delivery) bukti penghantaran yang berjaya dimana ianya merupakan langkah yang lebih baik daripada POD (Proof of Delivery Measurement) bukti pengukuran penghantaran.



No comments:

Post a Comment