Cadangan

CADANGAN UNTUK SYARIKAT GD Ekspres
(pelaksanaan strategik yang dipilih.)

 Melalui strategi yang telah dipilih oleh syarikat gd express, iaitu  melakukan pelaburan dalam menaik taraf infrakstruktur,kemudahan,sumber manusia,sistem dan proses pembagunan.

Gd express telah melakukan pelaburan sebanyak lebih dari RM 9 juta bagi merealisasikan strategik ini. Syarikat telah memperuntukkan sejumlah wang dengan membeli peralatan-peralatan baru dalam mempertingkatkan infrastrukturnya seperti pembelian trak,pengangkutan dan alat-alat yang digunakan bagi proses pembungkusan dan penghantaran. Hasil daripada pelaburan yang telah dilakukan ini , syarikat telah dapat mempertingkatkan mutu perkerjaannya. Ini dapat diperhahatikan melalui pengendalian barangan yang dihantar oleh pelanggan kepada syarikat. Sebelum strategik ini dilaksanakan, syarikat hanya dapat menyelesaikan tugasnya iaitu pengendalian bungkusan sebanyak 30,000 sahaja dalam masa sehari, selepas penambahbaikan dilakukan, syarikat gdex telah dapat mempertingkatkan pengendalian bungkusan itu sebanyak 60,000 dalam masa sehari. Selain itu juga, syarikat juga dapat memperjimatkan masa  iaitu daripada 6 jam kepada 3 jam dalam menyelesaikan kerja-kerja pembungkusan yang dikirimkan dari pelanggan. Dengan pelaburan yang telah dilakukan dalam infrastruktur ini, syarikat gd express dapat mempertingkatkan atau memperkemaskan lagi tugas-tugas pembungkusan barang pelanggan supaya tugas-tugas tersebut dapat menjadi lebih efisien dan cekap pada tahun-tahun berikutnya.

Dalam bidang kemudahan pula, syarikat telah mula mempertingkatkan rangkaiannya. Gd express telah menambah cawangannya di setiap negeri sebanyak 54 cawangan, 101 stesen, 2 sekutu dan 45 ejen berbanding dengan 97 stesen yang berada pada tahun sebelumnya. Dengan penambahan yang dilakukan ini menunjukkan bahawa syarikat begitu mengambil berat terhadap kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya. Ini kerana, dengan penambahan yang dilakukan, ia dapat memudahkan pelanggan dalam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini di samping syarikat dapat memperkukukuhkan kedudukan syarikatnya di hati pelanggan-pelanggan di Malaysia.

Gd express juga telah menambah  pengambilan tenaga kerja. Syarikat ini telah menambah bilangan kakitangan pekerja sebanyak 1826 berbanding 1700 orang pekerja pada tahun sebelumya. Penambahan tenaga kerja ini terdiri daripada pelbagai sektor. Contohnya dari sektor pengurusan penghantaran barang dan sektor pembungkusan barang. Penambahan tenaga kerja ini bertujuan supaya syarikat dapat menguruskan penghantaran barang-barang pelanggan tepat pada masanya disamping dapat menghantar barang-barang tersebut di kawasan yang jauh. Pemilihan tenaga kerja dipilih dengan melihat dari perbagai sudut. Antaranya ialah ciri-ciri pekerja tersebut, tahap pendidikan dan tahap kecekapan dalam menguruskan atau pengendalian sesuatu kerja yang diberikan. Syarikat hanya akan memilih tenaga kerja yang benar-benar layak kerana syarikat amat menitik beratkan tahap kerja yang dapat diberikan oeh pekerja terbabit kepada peningkatan dan perkembangan syarikatnya.

Strategik yang terakhir ialah dari sudut sistem. Syarikat telah menambahbaik sistem teknologinya. Ini dapat diperhatikan melalui penambahbaikkan system teknologi dari sudut ‘e-tracking’ yang ditawarkan penggunaan ‘online’ kepada pelanggan. Syarikat telah mempertingkatkan penggunaan talian ini supaya pelanggan mudah untuk mengenalpasti destinasi barang-barang mereka. Syarikat gd express akan memberikan taklimat mengenai talian ini kepada setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka supaya pelanggan-pelanggan akan berasa yakin terhadap perkhidmatan yang telah mereka pilih ini.


No comments:

Post a Comment